fb fb fb fb fb

PM Singapura terima darjah kebesaran bawa gelaran Datuk

JOHOR BAHRU, 6 Mei- Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato Sri Paduka Mahkota Johor.

Darjah kebesaran tertinggi Istana Johor yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengurniaan dibuat di Istana Besar, Johor Bahru, pagi tadi.

Sultan Ibrahim turut berkenaan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor kepada isteri Hsien Loong, Ho Ching yang membawa gelaran Datin Paduka.


(Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching/ FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Pengurniaan dibuat sebagai simbol persahabatan dan hubungan erat Johor dan Singapura.

Sebelum ini, beberapa pemimpin negara republik itu pernah dikurniakan darjah kebesaran Istana Johor.

Ini termasuk mantan Perdana Menteri, mendiang Lee Kuan Yew.


(Pengurniaan dibuat di Istana Besar, Johor Bahru pagi tadi / FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Media Baharu