KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan negara-negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bekerjasama untuk memastikan rantau yang aman, stabil dan makmur.
Seruan itu dibuat sempena sambutan Hari ASEAN ke-57 hari ini.
Datuk Seri Anwar menerusi hantaran facebook berkata Malaysia komited untuk memperjuangkan kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang.
"Saya berharap ASEAN terus memberi tumpuan kepada pengukuhan perkongsian ekonomi dalam kalangan negara anggotanya dan menjalin masa depan yang lebih baik bersama," katanya menerusi facebook.
"Selamat Hari ASEAN ke-57!
Hari ASEAN disambut setiap tahun pada 8 Ogos untuk memperingati penubuhan ASEAN.