fb fb fb fb fb

PM minta Koleksi Hadis 40 Imam Nawawi diedar semula ke sekolah

(Naskah Koleksi Hadis 40 Imam Nawawi)

SHAH ALAM, 25 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan untuk menerbitkan semula Koleksi Hadis 40 Imam Nawawi untuk diedar kepada sekolah-sekolah.

Jelasnya, inisiatif itu sebagai satu sambutan atas ilmu dan pandangan dua tokoh ulama tersohor dunia ke Malaysia iaitu Al-Imam Al-Allamah Profesor Dr Ali Jum’ah yang merupakan bekas Mufti Agung Mesir dan Habib Umar Bin Hafiz Pengasas Darul Musthafa yang turut bersama pada Muzakarah Ulama-Umara pada Festival Turath Islami Selangor.

Ia, sekali gus berupaya memberi perkembangan ilmu kepada murid dan pelajar. 

“Kalau baca hadis sahaja mungkin anak-anak kita tidak semuanya dapat menghadam dengan baik dan kita boleh tanya pandangan Dr Ali nanti, apa yang dicadang untuk diterbit dan diedar di seluruh negara.

“Ini sekurang-kurangnya adalah sebagai hasil sambutan daripada pandangan Dr Ali dan Habib Umar tadi,” katanya


(Perdana Menteri (TENGAH) menerima senaskah Al-Quran daripada Bekas Mufti
Agung Mesir Profesor Dr Ali Jumah (dua, kanan) pada Majlis Muzakarah
dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor 2023 /BERNAMA)

Media Baharu