fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir, tidak berpindah ke PPS layak terima BWI

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Penduduk yang terperangkap akibat bencana banjir  termasuk dalam kategori individu yang layak menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI), meskipun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong  merujuk situasi 2,000 penduduk Felda Sungai Kelamah dan Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin, Negeri Sembilan yang terperangkap dalam kejadian banjir pada 1 Mac lalu.

Permohonan bagi menerima bantuan perlu melalui saluran yang sah, sama ada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat  (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).   

Beliau turut menjelaskan, bantuan hanya disalur kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas berdasarkan pertimbangan dan budi bicara  selepas  proses semakan dan  pengesahan oleh pegawai daerah selaku pengerusi bencana banjir di kawasan terbabit.

"Pihak NADMA telah menyalurkan peruntukan awal diarahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, supaya peruntukan dihantar ke negeri seperti Negeri Sembilan.

"Kita hantar fasa 1, sebanyak RM1 juta, fasa dua kita hantar RM7 juta, jadi secara keseluruhannya RM8 juta untuk Negeri Sembilan,"katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan wakil Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, yang ingin tahu definisi sebenar mangsa bencana banjir dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi, serta punca kelewatan bantuan disalurkan kepada penduduk yang terjejas.


(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak
dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong)

Media Baharu