fb fb fb fb fb

PM menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka

FOTO FB Anwar Ibrahim

MELAKA, 12 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Istana Melaka bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Rustam.

Kunjungan tersebut menjadi medan penting bagi Perdana Menteri dan Tun Dr. Mohd Ali Rustam berbincang serta bertukar pandangan, khususnya berkenaan aspek pembangunan negeri dan usaha berterusan memperkasa kesejahteraan rakyat Melaka.

“Komitmen Kerajaan MADANI adalah jelas, kita mahu setiap inci tanah air ini menikmati limpahan pembangunan yang adil, saksama dan bermaruah,” ujar Perdana Menteri dalam hantarannya di Facebook.

Tambah beliau, pertemuan tersebut turut menzahirkan kesepakatan dan iltizam untuk memperkukuh hubungan serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam memastikan kemajuan negeri Melaka terus diperkasa.

“Insya-Allah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri akan terus diperkukuh demi masa depan yang lebih terangkum dan lebih baik buat semua,” katanya lagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE