fb fb fb fb fb

PM luang masa berjumpa Kamal Haasan

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu dengan pelakon terkenal India Kamal Haasan, yang kini berada di Malaysia bagi mempromosikan filem ‘Indian 2’.

Pertemuan kira-kira 30 minit yang berlangsung semalam, digunakan untuk berbicara dan bertukar pandangan terkait industri perfileman termasuk ketegasan terhadap rasuah.

Seniman dan ‘superstar’ tersohor India itu kini berada di ibu negara untuk mempromosikan filem ‘Indian 2’, iaitu sekuel filem blockbusternya pada 1996 ‘Indian’.

Filem ‘Indian’ yang dikeluarkan pada 1996, menampilkan Kamal sebagai pejuang kemerdekaan memberontak menentang rasuah di India.

Sekali gus, mewujudkan konflik dengan anaknya yang terlibat dalam amalan rasuah.

Filem itu menjadi filem Tamil yang menerima kutipan tertinggi selepas ditayangkan, serta merupakan penyertaan India untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi pada 1996, walaupun ia tidak menerima pencalonan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE