(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bergambar pada Pelancaran Proton X90 ketika
Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
hari ini/ Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 7 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini, Proton X90.
Ini merupakan model ketiga kepada rangkaian SUV berkenaan selepas X50 dan X70.
Ia juga memasuki pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) bagi penawaran teknologi enjin hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Model berkenaan mula ditawarkan pada harga RM123,800 hingga RM152,800.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melihat hiasan dalaman kereta Proton X90
selepas pelancaran kereta tersebut pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton di Pusat Pameran
dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini/ Foto BERNAMA)
Ia didatangkan dengan empat varian utama iaitu Standard, Executive,Premium dan Flagship.
Model baharu itu dijana oleh enjin TGDi 1.5 liter, yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik 48V.
Sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu, Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.