fb fb fb fb fb

PM lancar inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 9 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Kiosk Sentuhan MADANI di Putrajaya.

Beliau diiringi Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Inisiatif itu diperkenal bagi menambah baik perkhidmatan awam selain mempercepatkan lagi capaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025.

Lebih 90 jenis perkhidmatan kerajaan dihimpunkan menerusi kiosk digital yang beroperasi di kawasan tumpuan orang ramai bagi memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam di luar waktu pejabat.

Pada fasa pertama, kiosk akan beroperasi di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya manakala KL Sentral menjadi lokasi kedua bagi fasa seterusnya dan dijangka mula beroperasi penghujung Februari tahun ini.

Agensi yang terlibat dalam fasa awal perintis, antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MyDigital ID (MIMOS), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Pos Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE