fb fb fb fb fb

PM ke majlis kahwin, ubati duka pengantin kematian ibu

(Foto BERNAMA)

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei- Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke kenduri kahwin di Kampung Pelet di sini mengubati duka pengantin lelaki yang kematian ibunya.

Suasana menjadi semakin meriah dengan kedatangan Anwar dan Isteri ke perkahwinan pasangan pengantin, Mohammad Farhan Mohd Nor dan dan Nurul Fatienul Ain Mazlan.

Mohammad Farhan yang ditemui berkata beliau langsung tidak menjangkakan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu ke majlis perkahwinannya.

"Kami semua gembira dengan kehadiran perdana menteri. Sekurang-kurangnya ia dapat mengubat duka kami yang sedang bersedih. Perasan sekarang ini bercampur aduk, lagipun saya tak jangka yang perdana menteri datang meraikan kami," katanya.

Anwar dan isteri meluangkan masa kira-kira 20 minit di majlis perkahwinan tersebut.

Menurut Mohammad Farhan, ibunya, Sabariah Daud meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi semalam akibat kegagalan buah pinggang.

Majlis akad nikah pasangan terbabit berlangsung pada 29 April lalu.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu