JOHOR BAHRU, 6 Mei- 66 atlet kelahiran Johor yang bertanding di Sukan Sea Kemboja ke-32 menerima bantuan RM1,000 untuk kegunaan mereka sepanjang kejohanan dwi tahunan itu.
Exco Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, bagaimanapun, durian runtuh kepada mereka akan ditentukan sebaik tamat temasya tersebut.
66 atlet kelahiran Johor akan menyertai pelbagai acara antaranya renang, perahu layar dan olahraga.
"Bantuan kali ini memadai dengan apa yang mereka bantu bagi menaikkan nama negara mahupun bagi negeri Johor dan insya-Allah jika tiada aral melintang 15 hingga 18 Mei ini saya dan rombongan kerajaan negeri akan beri sokongan kepada atlet-atlet," katanya.
(Foto fail)
Jelas beliau, penglibatan mereka bakal memberi impak positif kepada pembangunan sukan negeri ini.