fb fb fb fb fb

8.6 juta rakyat terima STR babit dana RM8 bilion

PERMATANG PAUH, 6 Mei- 8.6 juta rakyat memperoleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membabitkan peruntukan RM8 bilion.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada jumlah tersebut, 460,000 penerima merupakan warga Pulau Pinang melibatkan peruntukan RM85.8 juta.

Beliau berkata, sumbangan itu dapat diteruskan apabila pimpinan kerajaan dibawahnya pada ketika ini menjaga amanah dan tatakelola dalam pentadbiran pengurusan negara.

Tambahnya, sepanjang tempoh enam bulan mentadbir kerajaan, beliau bersama pimpinannya tidak pernah mengambil sebarang hak untuk rakyat.

"Satu kontrak, balak, satu inci tanah pun saya tidak ambil dan saya tidak izinkan mana-mana pemimpin Kerajaan Perpaduan ambil dan ini adalah rekod dalam sejarah kita.

(Foto hiasan)

"Jadi, mengapa nak gunakan isu yang dibangkitkan kita dikawal oleh bukan Melayu khususnya DAP sehingga kita menidakkan kepentingan orang Melayu," katanya.

Beliau bercakap demikian ketika berucap pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Permatang Pauh.

Media Baharu