fb fb fb fb fb

PM hargai jasa Tun Mahathir jayakan Proton

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbangga dengan pencapaian Proton Holdings Bhd (Proton) yang mampu bertahan selama empat dekad dalam pasaran automotif, meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Anwar turut berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas sumbangan dan peranan bekas Perdana Menteri itu dalam menjayakan Proton.

"Jadi wajar mengenang perjalanan Proton selama 40 tahun...di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai sumbangan dan peranan dalam bidang ini," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau berucap pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton, sekali gus merasmikan Pelancaran Proton X90 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menghargai penglibatan bekas Pengerusi DRB-HICOM, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang juga antara individu terlibat menjayakan Proton.

Media Baharu