PM beramah mesra dengan pengunjung Zoo Johor

Foto FB Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU, 1 Februari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Zoo Johor sebaik tiba di Johor Bahru dalam rangka lawatan beliau ke negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar beramah mesra dengan pengunjung Zoo Johor dan menerima penerangan tentang perkembangan zoo tersebut.
  • Beliau menekankan Zoo Johor sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan yang perlu dipelihara.
  • Harapan agar Zoo Johor diperkasakan untuk memberi manfaat kepada rakyat dan pelancong.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kunjungan tersebut memberi peluang untuk beramah mesra serta menyantuni para pengunjung, selain menerima penerangan mengenai perkembangan semasa zoo berkenaan.

Menurut beliau, Zoo Johor mempunyai nilai penting sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang wajar terus dipelihara serta diperkasa.

“Semoga Zoo Johor terus diperkasakan sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Zoo Johor merupakan antara zoo tertua di negara ini dan menjadi tarikan utama pengunjung tempatan serta pelancong.

Terdahulu, beliau menaiki ETS3 milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur, bagi meninjau operasi perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan.