PM Anwar, Anutin adakan pertemuan dua hala di Putrajaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Anutin Charnvirakul merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan Masjid Putra 

PUTRAJAYA, 9 Julai– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Anutin Charnvirakul mengadakan pertemuan dua hala di Perdana Putra, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan menilai kemajuan hubungan dua hala serta membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.
  • Bidang tumpuan termasuk perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan sempadan, keselamatan, pertanian, pelancongan, pendidikan dan hubungan rakyat.
  • Pada 2025, Thailand rakan dagang keenam terbesar Malaysia global dan kedua terbesar ASEAN, jumlah dagangan RM118.57 bilion.
  • Anutin tiba awal, diraikan dalam majlis sambutan rasmi dan mengadakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Anwar.

Kedua-dua pemimpin tiba sekitar pukul 12 tengah hari sebelum merakam gambar kenangan berlatarbelakangkan Masjid Putra.

Pertemuan itu dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Thailand serta membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Antara bidang yang akan diberi tumpuan ialah perdagangan dan pelaburan, kesalinghubungan sempadan, keselamatan, pertanian, pelancongan, pendidikan serta hubungan antara rakyat.

Pada 2025, Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan mencecah RM118.57 bilion.

Terdahulu, Anutin tiba di Kompleks Bunga Raya pada pukul 11.10 pagi dan diraikan dalam majlis sambutan rasmi.

Beliau mengadakan lawatan rasmi selama dua hari di Malaysia atas undangan Datuk Seri Anwar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.