KUALA LUMPUR, 30 Mei – PLUS Malaysia Berhad menjangkakan jumlah trafik harian melebihi dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Aidiladha, khususnya pada 5, 6, 8 dan 9 Jun yang dikenal pasti sebagai hari puncak.
Bagi melancarkan aliran trafik, PLUS akan mengaktifkan Lorong Pintar (Smart Lane) di 30 lokasi strategik seluruh lebuh raya, selain tiada sebarang kerja penyelenggaraan bagi tempoh 5 hingga 9 Jun.
Orang ramai disaran merujuk aplikasi PLUS, saluran media sosial rasmi dan talian PLUSLine untuk maklumat lanjut lokasi Smart Lane serta jadual perjalanan yang disyorkan.