fb fb fb fb fb

PLUS aktifkan 21 lokasi "smart lane" bermula Rabu sempena Deepavali

'smart lane' diaktifkan bermula 30 Oktober hingga 3 November/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 21 lokasi smart lane atau lorong pintar sepanjang musim perayaan Deepavali bagi memudahkan pergerakan pengguna di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami masalah kesesakan trafik kritikal, bermula Rabu ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (Sektor Dasar dan Pembangunan) Datuk Zahrul Hakim Abdullah berkata pengaktifan itu merupakan tambahan kepada lokasi lorong pintar sedia ada yang telah dilaksanakan sempena musim perayaan sebelum ini.

Lokasi lorong itu antaranya terletak di Gua Tempurung-Gopeng Kilometer (KM) 303.2-KM297 (Arah Utara) dan Slim River-Sungkai KM3673- N4354 (Arah Utara) bagi kawasan wilayah tengah, Bandar Cassia- Hentian Sebelah Sungi Bakap KM155.5-KM157.2 (Arah Selatan) di wilayah utara.

Selain Port Dickson-Seremban di KM260-KM263.1 (Arah Utara) dan Ayer Keroh-Hentian Sebelah Kampung Bemban KM194.5-KM184 (Arah Selatan) bagi wilayah selatan.

“Tempoh pembukaan lorong pintar bergantung kepada lokasi kerana untuk kawasan yang dalam keadaan gelap, ia diaktifkan hingga 10 malam tetapi pengaktifan lorong akan bermula pada Rabu ini hingga Ahad,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persediaan PLUS sempena perayaan Deepavali di Pusat Pemantauan Trafik Plus di Menara Persada PLUS.

Zahrul Hakim berkata bagi mengelakkan salah faham pengguna mengenai pengaktifan laluan tersebut, PLUS akan meletakkan papan tanda makluman di lokasi terlibat bagi mengelakkan insiden kemalangan terutama melibatkan motosikal. - BERNAMA

Trainee