fb fb fb fb fb

PLP UMT, pusat latihan pelayaran OKU

KUALA TERENGGANU, 15 Mei- Pusat Latihan Pelayaran (PLP) milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memainkan peranannya dalam pembinaan modul, bahan rujukan serta kajian berkaitan Pelayaran kepada masyarakat sejak ditubuhkan pada satu Ogos 2019.

Usaha digerakkan itu menjadikan PLP UMT, satu-satunya pusat latihan pelayaran bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Naib Canselor UMT Profesor Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar, menyifatkan,  peranan dimainkan pusat latihan ini sebagai mengiktiraf kepakaran komuniti tempatan. 
 
Ini termasuklah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pelayaran Negeri Terengganu bagi melatih tujuh OKU yang terlibat secara aktif dalam acara sukan pelayaran kategori khas, iaitu 'Handicape Sailing' (HANSA).

"Kita menjadikan tujuh orang pelayar OKU sebagai permulaan. Diharapkan supaya kita mempunyai aset peralatan dan peruntukan daripada industri-industri yang berminat," katanya selepas majlis perasmian PLP UMT dan Ekspedisi  Penyelidikan Saintifik Marin Kapal RV Discovery UMT Sempena LIMA 2023, yang disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di , Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

(Mazlan Abd Ghaffar)

Media Baharu