fb fb fb fb fb

PKS, vendor perlu peka perkembangan EV

SERDANG, 3 Mei- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta vendor perlu mengikuti perkembangan terkini dan amalan terbaik dalam reka bentuk dan pembuatan komponen kenderaan elektrik (EV).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bagi mengekalkan daya saing dalam menghasilkan komponen serta reka bentuk yang lebih canggih.


(Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

"Pelbagai cara termasuk akses kepakaran teknologi, penyelidikan dan pembangunan. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai sektor automotif.

"Ada banyak perubahan dalam beberapa tahun. Justeru didiklah diri anda dan belajar teknologi baharu", katanya semasa berucap pada pra-pelancaran Malaysia Autoshow 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Tambahnya, pasaran EV ASEAN diunjur berkembang hampir 33 peratus setahun kepada AS$2.7 bilion menjelang 2027.

Peluang itu harus dimanfaatkan dengan memacu ke arah matlamat lebih tinggi bagi penggunaan kenderaan elektrik di negara ini.

Media Baharu