(Foto Nur Mysara Ahmad Fauzi)
KLUANG, 3 Mei- Empat individu termasuk seorang warga asing diberkas bersama pelbagai jenis dadah menerusi serbuan di Taman Delima 3 di sini, 30 April lalu.
Ketua Polis Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata kesemua suspek berusia 26 hingga 34 tahun.
Kesemuanya memiliki pelbagai rekod jenayah.
Polis turut merampas dua kereta dan wang tunai.
"Nilai rampasan keseluruhan termasuk sitaan berjumlah RM417,000.
"Polis telah merampas dadah jenis syabu seberat 3,534.40 gram bernilai RM194,393.
"Ganja pula seberat 534 gram bernilai RM1,500.
"Kesemuanya direman sehingga 6 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi kenyataan.
(Foto Nur Mysara Ahmad Fauzi)