PUTRAJAYA, 3 Mei- Kerajaan sedang meneliti beberapa rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan media termasuk RUU Majlis Media Malaysia dalam usaha memastikan aspek kebebasan media di negara ini terjamin.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, RUU berkenaan kini dalam proses perbincangan.
"Pada Masa yang sama perbincangan dengan organisasi-organisasi media termasuk dengan syarikat-syarikat serta badan-badan wartawan.
(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil)
"Kita harap akan perbincangan RUU Majlis Media Malaysia dapat dirancakkan menjelang Hari Wartawan Nasional ataupun HAWANA supaya beberapa perkara asas isu-isu yang dihadapi rakan-rakan media dapat dikenalpasti dan ditangani secara mampan", katanya dalam sidang media berkenaan Inisiatif 5G di Putrajaya.
Pada 13 Mac lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan telah mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Sementara pada 1 Mac.
Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kandungan draf RUU Majlis Media Malaysia daripada jawatankuasa itu supaya lebih spesifik.