(Foto APM Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 3 Mei- Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Melayu Majidee, di sini rosak akibat ribut pukul 2.48 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru berkata kawasan terlibat adalah di Jalan Rahmat, Jalan Budiman dan Jalan Sehat.
"Tiga buah kereta turut rosak dihempap pokok.
"Punca kejadian disebabkan hujan lebat dan angin kuat sehingga mengakibatkan banyak rumah terjejas," katanya menerusi kenyataan.
Tambahnya, banjir kilat di Permatang Kempas di sini sudah surut.
Pemantauan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.
(Foto APM Johor Bahru)