fb fb fb fb fb

Petronas, Petros mohon prosiding pendengaran tangguh selama sebulan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuching iaitu kedua-dua pihak secara bersama memohon supaya prosiding pendengaran ditangguhkan selama sebulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata penangguhan itu diberikan bagi membolehkan rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua pihak dapat diteruskan.

“Pihak yang terlibat masih dalam rundingan dengan tujuan untuk mencapai penyelesaian,” katanya.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE