PUTRAJAYA, 1 Mac - Kerajaan sedang merangka Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2.0 (NEEAP 2.0) bagi tempoh 2026 hingga 2035.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga (ST) itu bertujuan mencapai sasaran Pelan Peralihan Tenaga Kebangsaan.
"Melalui pelaksanaan NEEAP 2.0 kelak, kerajaan menjang akan lebih banyak peluang pekerjaan, potensi perniagaan dan pelaburan akan diwujudkan untuk manfaat rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari kedua Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, di sini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, pelan itu juga sejajar dengan tindakan kerajaan melancarkan Pelan Hala Tuju Perubahan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan usaha dan komitmen negara ke arah mencapai sistem tenaga yang mampan dan inklusif.