fb fb fb fb fb

Peruntukan RM893 juta bantu lebih 540,000 penerima bantuan kebajikan

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Jun - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan sebanyak RM893 juta bagi membantu lebih 540,000 penerima bantuan kebajikan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM103 juta diperuntukkan untuk bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

"Walaupun kami percaya bantuan ini bersifat sementara, bantuan yang diberikan melalui kerajaan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan melalui KPWKM, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Perpaduan selain kewujudan Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak," kata Noraini.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah yang ingin mengetahui usaha diambil kerajaaan untuk memastikan kesemua 8.7 peratus kanak-kanak menerima bantuan memandangkan hanya satu peratus daripadanya menerima bantuan, di Dewan Rakyat.

TETITIA YUSOFF