fb fb fb fb fb

KKM mahu tingkatkan jumlah jururawat lelaki

Datuk Lukanisman Awang Sauni

PUTRAJAYA, 27 Jun- Kementerian Kesihatan (KKM) mahu meningkatkan jumlah jururawat lelaki di negara ini kepada 10 peratus seiring keperluan sektor kejururawatan dan perkembangan teknologi serta peralatan perubatan moden ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM merekodkan hanya 2,823 jururawat lelaki iaitu sebanyak empat peratus berbanding 70,653 jururawat bawah kementerian itu.

"Saya menyeru agar lepasan lepasan spm ataupun lepasan lepasan graduan jururawat lelaki untuk terlibat bersama. Negara-negara yang dominan Islam mungkin perkhidmatan jururawat lelaki ini diperlukan, jadi kita rasa Malaysia mempunyai potensi yang besar.

"Kita akan lebih ke arah untuk menguar-uarkan kesedaran daripada peringkat sekolah bahawa peluang dan juga industri kejuru rawatan ini terbuka dan dia tidak gender bias," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bersama Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-27 di sini.

Dalam pada itu beliau juga menegaskan stigma bidang kejururawatan hanya untuk golongan wanita perlu dihapuskan kerana perkhidmatan jururawat lelaki amat diperlukan ketika ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI