fb fb fb fb fb

Peruntukan RM4.18 juta, tingkat produktiviti getah

KUALA PILAH, 17 Oktober - Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sembilan memperuntukkan RM4.18 juta bagi memperkasa Progam Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) peringkat negeri itu.
 
Menurut Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Ahmad Zainal Abdullah program tersebut bertujuan menggalakkan peningkatan produktiviti getah dalam kalangan pekebun kecil terutama yang masih memiliki kebun getah tidak bertoreh.

Antara program yang ditawarkan ialah Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) sebanyak dengan RM1.3 juta , Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) sebanyak RM2.19 juta, Skim Insentif Lateks, (SIL) RM195,000 dan Kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP) sebanyak RM491,000.
 
"Kita sediakan bajet RM4.81 juta bagi program getah matang, jadi program ini adalah terdiri adalah yang pertamanya program peningkatan produktiviti getah, program ini khususnya untuk yang habis bantuan, yang baru nak mula menoreh, jadi kita akan bekalkan dia seperti mangkuk dan sebagainya, pisau toreh dan baja untuk mereka dan selepas itu skim insentif produktiviti getah (SIPG)," kata Ahmad Zainal, selepas Majlis Pelancaran Program Peningkatan Produktiviti Getah dan Konvensyen GAP Matang, di sini.
 
Tambahnya, program tersebut juga dilaksanakan untuk menggalakkan pekebun-pekebun kecil mengusahakan kebun getah yang tidak bertoreh sekali gus meningkatkan penghasilan getah dalam negara.
 
Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyeru agar pekebun-pekebun kecil getah terus mengusahakan tanaman getah kerana ia mampu menjadi pendapatan tetap untuk jangka masa panjang.
 
"Getah merupakan pendapatan jangka masa panjang secara berterusan, mereka boleh mendapatkan samada pendapatan harian, mingguan malah bulanan jika mereka usahakan sendiri pendapatan mereka jauh lebih baik berbanding dengan pendapatan mereka jika mereka mengusahakan kebun durian yang mana kebun durian maksimanya tiga kali setahun," kata Jalaluddin Alias, di sini.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu