fb fb fb fb fb

Perubatan veteran ATM, kerajaan telah belanjakan RM378.8 juta

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

KUALA LUMPUR, 15 November- Kerajaan telah membelanjakan RM378.8 juta bagi menampung keperluan perubatan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk veteran berpencen atau tidak berpencen sejak tahun lepas hingga kini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menjelaskan, bahawa kemudahan perubatan kepada Veteran ATM berpencen dan orang tanggungan yang layak diuruskan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi Veteran ATM tidak berpencen dan orang tanggungan yang layak pula diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM).

Keperluan itu meliputi perkhidmatan termasuk permohonan pembayaran balik perbelanjaan perubatan, rawatan kecemasan di hospital atau klinik swasta dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Pada tahun 2020, sebanyak RM78.8 juta dibelanjakan manakala bagi tahun 2021 adalah RMRM111.5 juta. Bagi tahun 2022 pula sebanyak RM105 juta dan tahun semasa sehingga kini adalah sebanyak RM83.5 juta telah pun kerajaan belanjakan.

Kerajaan akan sentiasa komited dalam menyediakan peruntukan perubatan yang mencukupi kepada veteran ATM sama ada berpencen ataupun tidak berpencen itu, sentiasa diberikan keutamaan," kata Adly di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan dibangkitkan wakil Lumut, Nordin Ahmad Ismail.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM