fb fb fb fb fb

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah: KPDN terima 43 permohonan setakat ini

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 15 November - Sebanyak 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah diterima daripada pengusaha setakat ini, sejak ia mula dilancarkan pada 2 November lepas.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, ini melibatkan kerjasama enam pasar raya yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha terlibat, membeli barangan keperluan perniagaan.

"Insya-Allah akan dilancarkan pada hujung bulan atau bulan awal bulan depan, dan diharapkan menu rahmah dapat berterusan tanpa bajet daripada kerajaan, tetapi kerjasama rakan strategik dengan enam pasaraya dan akan bertambah.

"Kita harap kestabilan program ini", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahi Parlimen Kuala Selangor,  Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengenai status terkini inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah di Parlimen hari ini.

Sehingga kini, hampir 3,000 premis berdaftar menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.  

Tambah Fuziah, meskipun permohonan kad berkenaan terbuka kepada semua, namun terdapat beberapa kriteria ditetapkan kepada pengusaha Menu Rahmah

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD