fb fb fb fb fb

Pertemuan MCMC, platform media sosial minggu hadapan fokus pelbagai isu

Datuk Fahmi Fadzil hadir merasmikan Seminar Pembangunan Modul Latihan untuk Memerangi Berita Palsu di ibu negara

KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa platform media sosial di Singapura minggu hadapan bagi membincangkan pelbagai isu keselamatan siber dan jenayah dalam talian.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, selain memfokuskan pelaksanaan pengesahan elektronik 'Kenali Pelanggan Anda' atau Electronic Know Your Customer (EKYC), isu-isu yang dibangkitkan oleh agensi penguatkuasan akan turut di beri tumpuan.

“Ia bukan sahaja mengenai EKYC tetapi juga isu-isu yang telah dibangkitkan oleh NFCC, PDRM dan MOF berhubung pelbagai jenis aktiviti jenayah seperti perjudian dalam talian dan penipuan. Semua perkara ini akan dibincangkan dan kami berharap dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan platform media sosial di Singapura minggu hadapan,'' katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Modul Latihan untuk Memerangi Berita Palsu di ASEAN 2025 di ibu negara.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan pembangunan modul latihan serantau ASEAN dalam menangani penyalahgunaan media sosial.

Jelas beliau, modul latihan tersebut dijangka menjadi sebahagian daripada usaha bersama rantau ini dalam memperkukuh daya tahan masyarakat terhadap ancaman berita palsu dan jenayah siber.

MOHD NORIZWAN BIN SAMAN