fb fb fb fb fb

Persekitaran sekolah baik, selesa bantu fokus pelajar

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan mengejut dan singkat Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu pagi tadi di ibu negara hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook beliau memaklumkan, beliau mahu persekitaran dan keadaan sekolah yang baik serta selesa buat anak-anak bangsa selain mengambil maklum keluhan guru, ibu bapa, termasuk para pelajar.

"Saya luangkan masa mendengar kerana perihal pendidikan bukan sekadar buku teks dan peperiksaan, tetapi soal membina impian, menerjah peluang, dan mencorak harapan.

"Sudah tentu sekolah dan universiti adalah dua persekitaran yang berbeda, namun semangat mencurah bakti adalah yang sama," menurut hantaran itu.

Dalam pada itu beliau menyatakan bahawa sekolah mesti menjadi tempat selamat dan selesa untuk pelajar mendapatkan ilmu.

Beliau juga menekankan tanggungjawab sebagai pemimpin, guru, pendidik dan ibu bapa perlu dipikul bersama demi kejayaan anak bangsa.

Selain itu peranan seorang guru dan pendidik dalam membimbing bukan meliputi segala aspek termasuk penyampaian ilmu, kasih sayang, sikap ihsan, contoh teladan dan hikmah.

"Kepada anak-anak yang memulakan hari pertama persekolahan hari ini, selamat kembali menimba ilmu," tambah hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI