fb fb fb fb fb

Persatuan Kanser Kanak-kanak Malaysia dilancar bantu ringan beban kewangan rawatan

Lavaniyah Ganapathy dan Saraswathy Kandasami

SUBANG JAYA, 24 Mac- Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) dilancarkan secara rasmi bagi meringankan beban kewangan rawatan pesakit daripada keluarga kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy Kandasami menyeru semua pihak untuk turut sama menyumbang dan menyokong usaha murni tersebut.

"Tekanan atau kekurangan kewangan boleh menjejaskan harapan seseorang anak yang didiagnos kanser. (Kerana itu) Persatuan CCAM dilancarkan.

"Saya harap semua rakyat Malaysia akan beri sokongan supaya setiap anak (penghidap kanser) boleh diberi rawatan dan diselamatkan," katanya kepada media selepas
majlis pelancaran CCAM di sini, malam tadi.

CCAM diasaskan pada November 2022 oleh Lavaniyah Ganapathy yang merupakan ibu kepada pesakit kanser.

SITI AISHAH MD ISA