BINTULU, 16 September - Perpaduan antara kaum merupakan tunjang warisan paling berharga yang perlu dipelihara sekali gus memperkukuh daya tahan dalam menghadapi cabaran global.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, perkara itu merupakan asas penting kepada Sarawak bagi menyokong nadi Malaysia serta memperkukuh kedudukan serantau.
"Hari Malaysia bukan sekadar sambutan yang diraikan setiap tahun, tetapi ia adalah ikrar kesetiaan dan cinta kita kepada tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Lapangan Terbang Lama Bintulu, di sini.