fb fb fb fb fb

Permohonan program matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 November - Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Disember hingga 28 Februari 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

"Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my . Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM.

TETITIA YUSOFF