fb fb fb fb fb

Perlunya perubahan dalam rawatan penyalahgunaan dadah - KDN

Selain meneroka kaedah baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam penyediaan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Perubahan landskap dunia menuntut peralihan serta perubahan dalam rawatan penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika membacakan teks ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kemajuan teknologi baharu, alatan, serta amalan dalam program dan aktiviti berkaitan juga harus diguna pakai serta diadaptasikan.

Selain meneroka kaedah baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam penyediaan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah.

Pada masa sama, memanfaatkan pelbagai platform teknologi digital dan internet untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti penyampaian bagi melindungi masyarakat daripada gejala dadah secara menyeluruh.

"Pelbagai kaedah perlu diterokai seperti penggunaan mobile apps yang direka bentuk untuk memberi sokongan kepulihan kepada recovering persons dengan menyediakan maklumat mengenai tracking soberiety, mekanisme daya tindak menghadapi relaps dan menjalinkan pengguna dengan kumpulan sokong bantu.

"Penggunaan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar dan penjejak kecergasan boleh memantau tanda-tanda vital dan aktiviti fizikal seseorang.

"Data ini boleh digunakan untuk menilai dan memantau tahap kesihatan seseorang dan risiko penagih dadah untuk relaps," katanya ketika menutup Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2023 (SSPDK 2023) di Kuala Lumpur.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM