fb fb fb fb fb

MDX 2023 pamer pelbagai inovasi, teknologi terkini syarikat tempatan, antarabangsa

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Malaysia bakal menjadi tuan rumah ‘Malaysia Digital Expo 2023 (MDX 2023)’ yang berlangsung 6 hingga 8 November 2023 di Kuala Lumpur.

Expo ini bakal menghimpunkan barisan penceramah terkemuka dunia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan pakar-pakar dalam industri ekonomi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mahadhir Aziz berkata, MDX 2023 mempamerkan pelbagai inovasi dan teknologi terkini dari syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa.

“Cadangan untuk meningkatkan sasaran keseluruhan jangka panjang daripada RM70 bilion kepada RM130 bilion telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia diperingkat cadangan, ia masih belum dimuktamadkan, sasarannya adalah bagus,” katanya pada perhimpunan media Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023.

Tambahnya, penganjuran MDX 2023 adalah sebagai usaha untuk membentuk hala tuju dan terus memperkasa digital negara.

MDEC menetapkan sasaran pelaburan digital baru dengan anggaran  RM130 bilion di bawah strategi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).

ROSLINA BINTI DIN