fb fb fb fb fb

Perlaksanaan perbelanjaan negara mengikut jadual

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 2 November - Pejabat Belanjawan Negara, sebagai salah satu entiti di bawah Kementerian Kewangan (MOF) yang bertanggungjawab mengurus perbelanjaan negara, tekad memastikan setiap urusan berkaitan dilaksanakan mengikut jadual di seluruh negara.

Pengarah Belanjawan Negara, Dato' Sri Ab Rahim Ab Rahman menjelaskan, setiap pihak khususnya berkaitaan dengan institusi kerajaan termasuk kerajaan negeri dan kerajaan-kerajaan tempatan berhak untuk menerima peruntukan.

Ia selaras dengan apa yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, keputusan-keputusan Majlis Kewangan Negara dan Kabinet.

Jelasnya lagi, setiap perbelanjaan dipantau secara komprehensif melalui Sistem MyBelanjawan sejak 2023 dan turut menjadi salah satu kerangka penyediaan Belanjawan Tahun 2026 yang dibentang, Oktober lalu.

"Setakat ini, semua kerja dan program yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual. Saya yakin peruntukan yang disediakan pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan segera.

"Perkara ini penting kerana pelaksanaannya bakal memberi manfaat kepada rakyat. Bagi program Sekolah Angkat, contohnya, inisiatif ini memberi faedah besar kepada para pelajar dan guru," katanya di majlis pelancaran program Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, di sini hari ini.

Sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan melalui MOF itu untuk membantu pihak sekolah bagi peningkatan akademi dan motivasi pelajar termasuk latihan pembangunan profesional guru.

Ia juga meliputi kos perbelanjaan penambahbaikan kemudahan pembelajaran bagi pelajar pendidikan khas, penyelenggaraan fasiliti sekolah dan lain-lain keperluan.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dr Zamri Abdullah, Manakala, Universiti Malaysia Terengganu berkata, selaku rakan kongsi, perlaksanaan tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya untuk program Sekolah Angkat MADANI bagi membantu komuniti setempat.

"Kita turut menambah baik dari segi kemudahan dan fasiliti, yang merupakan sebahagian daripada peruntukan yang digunakan. Selain itu, sebahagian dana juga disalurkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar serta memberi manfaat kepada para guru," katanya.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN