fb fb fb fb fb

Perkukuh tadbir urus sektor maritim, elak pertindihan kuasa

Malaysia bakal merangka Dasar Maritim Negara secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh tadbir urus serta keselamatan sektor maritim negara.- Foto BERNAMA

LANGKAWI, 21 Mei - Malaysia bakal merangka Dasar Maritim Negara secara menyeluruh dalam usaha memperkukuh tadbir urus serta keselamatan sektor maritim negara.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dasar bersepadu itu diperlukan memandangkan lebih 30 agensi serta kementerian kini berkongsi bidang kuasa maritim di bawah lebih 15 akta dan perintah berasingan.

Keadaan itu sering mengundang pertindihan kuasa, ketidakcekapan serta pembaziran sumber yang akhirnya menjejaskan keberkesanan kawalan perairan negara.

"Melangkah ke hadapan, kerajaan komited untuk mewujudkan tadbir urus maritim bersepadu. Ini termasuk memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan meningkatkan pengawasan masa nyata dan perkongsian data," beliau menyatakannya ketika merasmikan Persidangan Maritim Malaysia sempena LIMA'25 di sini.

Dasar Maritim Negara akan turut merangkumi usaha mempertingkat digitalisasi, kesedaran domain maritim dan perkongsian risikan secara masa nyata antara agensi.

 

 

JALALUDDIN BIN BAHARIN