fb fb fb fb fb

Perkhidmatan MAG, kurangkan rangkaian penerbangan sehingga Disember 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengurangkan rangkaian penerbangannya untuk sementara waktu bagi tempoh sekarang sehingga Disember 2024.

Langkah tersebut sebagai susulan gangguan penerbangan pada minggu 19 Ogos lalu yang membabitkan perkhidmatan Malaysia Airlines, Firefly dan Amal.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata tindakan itu bagi melaksanakan langkah-langkah sewajar yang diperlukan untuk menangani insiden berkenaan.

Ia bagi memastikan kebolehpercayaan jangka panjang terhadap kumpulan pesawat dan keteguhan operasinya.

Beliau turut menzahirkan rasa kesal atas kesukaran dihadapi pelanggan susulan pembatalan penerbangan.

Pelanggan yang terbabit akan menerima notifikasi emel berkaitan pembatalan penerbangan, disusuli dengan jadual yang dikemaskini.

Mereka boleh membuat pindaan segera terhadap tempahan mengikut alternatif pilihan dengan menggunakan kemudahan ‘My Booking’ di laman sesawang Malaysia Airlines.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM