fb fb fb fb fb

Perkeso lancar operasi pemutihan, Op Kesan bermula 1 Mei

KUALA LUMPUR, 27 April - Bermula 1 Mei ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melancarkan operasi pemutihan, Op Kesan kali ke-13 selama sebulan.

Ia bagi memastikan semua majikan mendaftarkan pekerja masing-masing dengan pertubuhan itu.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata dalam tempoh itu mana-mana majikan yang mendaftar secara sukarela akan dikecualikan daripada tindakan kompaun dan pendakwaan.

"Kita mendapati hampir 100,000 pekerja domestik ataupun pembantu domestik yang ada di luar sana tetapi sehingga kini sehingga 22 April 2022 hanya 7,793 sahaja mereka yang berdaftar dan mencarum.

"Jadi hampir 90,000 lebih lagi pekerja domestik ini sama ada pemandu peribadi, tukang kebun, pembantu rumah tempatan di mana majikan mereka masih belum mendaftar dan mencarum," katanya.

(Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media khas sempena pelancaran Bulan Pemutihan 2022 di Menara Perkeso, di sini hari ini.

Mohammed Azman menambah, susulan pembukaan semula sempadan negara, majikan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dan wajib untuk didaftarkan dengan Perkeso.

Media Baharu