ALOR SETAR, 26 November – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di Kota Setar malam tadi, menjadikan sebanyak 17 PPS kini beroperasi di dua daerah di Kedah berikutan banjir.
RINGKASAN BERITA AI
- Dua PPS baharu di Kota Setar melibatkan pemindahan mangsa banjir ke SK Taman Aman dan SK Taman Uda.
- Keseluruhan 17 PPS kini beroperasi di dua daerah di Kedah akibat situasi banjir.
- Jumlah mangsa di PPS meningkat, dilaporkan 2,821 orang daripada 1,010 keluarga setakat 6:00 pagi.
PPS berkenaan ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman dan SK Taman Uda yang melibatkan 704 orang dari 239 keluarga.
Manakala 15 PPS lagi masih aktif di daerah Kubang Pasu.
Demikian menurut Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah (JPBN).
Sementara itu, portal Info Bencana JKM melaporkan setakat pukul 6:00 pagi, seramai 2,821 orang daripada 1,010 keluarga berlindung di kesemua PPS terbabit dan angka itu meningkat berbanding 4:00 pagi tadi, yang menempatkan seramai 2,731 orang daripada 925 keluarga.