Perkembangan konflik Asia Barat jadi tumpuan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto FB Zahid Hamidi

ISTANBUL, 7 November – Isu konflik di Gaza antara perkara yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kunjungan hormat ke atas Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan menumpukan perkembangan keselamatan dan geopolitik di Syria serta Lubnan yang memerlukan perhatian serius komuniti antarabangsa.
  • Malaysia menegaskan keamanan berkekalan mesti berasaskan penghormatan kedaulatan, undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan.
  • Perlindungan orang awam dan jaminan penyaluran bantuan kepada yang memerlukan tidak boleh dikompromi.
  • Beliau menggesa masyarakat antarabangsa bertindak lebih berkesan meredakan ketegangan serta mengutamakan penyelesaian aman melalui dialog dan diplomasi.

Beliau berkata, pertemuan itu turut membincangkan perkembangan keselamatan dan geopolitik di Syria serta Lubnan yang terus menuntut perhatian serius masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, pendirian Malaysia jelas bahawa usaha mencapai keamanan berkekalan perlu berteraskan penghormatan terhadap kedaulatan negara, undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan.

Tegasnya, perlindungan orang awam serta jaminan penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak boleh dikompromi.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa memainkan peranan lebih berkesan dalam meredakan ketegangan, menghentikan penderitaan akibat konflik serta mengutamakan penyelesaian secara aman menerusi dialog dan diplomasi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, beliau menghargai komitmen dan peranan Türkiye dalam memperjuangkan keamanan serta keadilan di peringkat antarabangsa.

Pertemuan selama 30 minit itu berlangsung di Istanbul Congress Centre selepas majlis perasmian TRT World Forum 2026.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berada di Türkiye bagi lawatan kerja selama empat hari atas jemputan Turkish Radio and Television Corporation (TRT) untuk menghadiri forum berkenaan.

Beliau turut menyertai sesi panel bertajuk “Türkiye: From Regional Power to Multi-Regional Actor”.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.