PASRI MAS, 5 Januari- Peranan Rukun Tetangga (KRT) perlu diperkasa semula dalam usaha membantu kerajaan menguruskan bencana alam.
Ini mengambil kira insiden banjir baru-baru ini yang memerlukan kerjasama semua pihak mendepani cabaran berkenaan.
Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata,jawatankuasa itu juga berperanan membantu memberi peringatan awal kepada penduduk, selain melincinkan proses agihan bantuan dan operasi menyelamat.
"KRT perlu menjalankan fungsi untuk melicinkan proses agihan bantuan dan operasi menyelamat,
"Kita belajar daripada pengalaman bencana ini untuk aktifkan KRT di semua tempat kerana merekalah akar umbi yang menjadi sebahagian barisan hadapan," jelasnya selepas menyampaikan bantuan banjir ARMADA di Kampung Serongga, Pasir Mas.
Berdasarkan rekod, setakat ini dianggarkan lebih 8-ribu KRT diseluruh negara yang masih aktif.
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua ARMADA berkata, seramai 5-ribu kalangan orang muda dari parti berkenaan digerakkan di seluruh negara untuk membantu melancarkan proses pasca banjir di beberapa negeri yang terlibat.
Selain terlibat membantu membersihkan kediaman, sukarelawan terlibat juga bertindak sebagai pemudah cara dalam mempermudah permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) khususnya golongan warga emas.