fb fb fb fb fb

Perjumpaan bersama pengendali media sosial tiada motif politik

(Foto fail)

KULAI, 4 Jun - Sesi perjumpaan bersama TikTok, Facebook dan Google yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Digital bukan bersifat politik atau mengganggu kebebasan bersuara.

Sebaliknya bertujuan mewujudkan kerjasama dalam mengekang aktiviti jenayah, kata timbalan menteri, Teo Nie Ching.

"Sebab itu perjumpaan amat penting. Tetapi bagi Telegram mereka langsung tidak mahu jumpa dan kita tahu bahawa ada kegiatan haram yang guna pakai Telegram seperti ponografi,sepertilah penjualan ubat terlarang. Jadi tindakan perlu diambil terhadap kegiatan tersebut," tegas beliau..

"Menyatakan tidak mahu (hadir perjumpaan) kerana ada campur tangan politik adalah satu alasan yang mudah. Kalau mereka (Telegram) cakap bahawa perjumpaan pun tidak boleh kerana ia adalah campur tangan politik, saya mahu bertanya soalan ini, adakah anda fikir di Malaysia kita tidak mempunyai kebebasan bersuara?

"Adakah perjumpaan dengan kami, bermakna mereka (penyedia platfrom) jadi ‘hamba’ kepada kerajaan? Tidak kerana mereka ada garis panduan komuniti. Tetapi untuk aktiviti yang memang menyalahi undang-undang seperti penipuan dalam talian, tindakan perlu diambil dan perlukan kerjasama semua pihak," kata Teo kepada pemberita selepas menonton filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis di sini.

Beliau mengulas tindakan Telegram mengabaikan jemputan KKD untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan.


(Teo kepada pemberita selepas menonton filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis)

Media Baharu