fb fb fb fb fb

Geng Rantau Dawai maut jatuh lereng, kes pecah rumah elite selesai

(Polis mengangkat mayat salah seorang Geng Rantau Dawai yang maut jatuh lereng bukit)

GEORGETOWN, 4 Jun- Polis berjaya menumpaskan kegiatan jenayah samun dan pecah masuk di kediaman elit selepas seorang daripada ahli ‘Geng Rantau Dawai’ maut terjatuh lereng bukit ketika melarikan diri daripada polis, di hutan berhampiran Taman Jesselton, Pulau Tikus.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, ketiga-tiga suspek melarikan diri ke kawasan terbabit selepas polis meminta menyerahkan diri.

Pihaknya kemudian menjalankan operasi mengesan kesemua suspek berkenaan berikutan keadaan gelap.

“Bagaimanapun pihak kami telah menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di lereng bukit selepas empat jam pencarian.

“Hasil siasatan, lelaki terbabit maut dipercayai terjatuh dari tebing batu dan mengalami cedera parah ketika melarikan diri bersama dua suspek lain.

“Pasukan turut menemui beg galas berisi beberapa keratan dawai, peralatan pecah rumah serta pisau pemotong daging bersama suspek,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek bersama dua lagi rakannya yang telah melarikan diri itu terlbat dengan kegiatan jenayah samun terbabit.

Proses meneliti cap jari juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek berikutan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Siasatan lanjut polis percaya geng terbabit terlibat dengan 15 kes samun pecah masuk kediaman elit di sekitar daerah Timur Laut sejak tahun lalu melibatkan kerugian lebih RM400,000.

Polis kini giat mengesan dua lagi ahli Geng Rantau Dawai yang masih bebas.


(Polis mengangkat mayat salah seorang Geng Rantau Dawai yang maut jatuh lereng bukit)

Media Baharu