fb fb fb fb fb

16,863 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Mekah

(Foto BERNAMA)

MEKAH, 5 Jun- Seramai 16,863 jemaah haji telah selamat tiba di Mekah dan Madinah bermula 21 Mei sehingga semalam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata angka itu bersamaan 53 peratus daripada keseluruhan 31,600 jemaah pada tahun ini.

"Daripada jumlah itu, 11,294 jemaah haji berada di Mekah.

"Semua 12 hotel penginapan di Mekah telah beroperasi sejak 24 Mei lalu.

"Sehingga semalam, 57 penerbangan telah selesai membawa jemaah haji ke Tanah Suci," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau menasihatkan para jemaah agar memakai lencana pengenalan diri semasa di Mekah ekoran penambahan jumlah jemaah haji dari seluruh dunia ketika ini.

Para jemaah juga diminta menjaga kesihatan diri disebabkan suhu panas yang mula meningkat.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu