fb fb fb fb fb

Perjanjian, rundingan akses 5G bersama DNB capai persetujuan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G berjaya mencapai persetujuan berhubung penyertaan ekuiti dan perjanjian akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB).

Pasukan tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Menteri KKD, Fahmi Fadzil berkata Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil / FOTO BERNAMA)

"Ini sekali gus menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung tahun ini, sebelum beralih kepada model dwirangkaian seawal Januari 2024.

“Pihak syarikat penyedia perkhidmatan akan mengambil semua tindakan tatakelola sewajarnya bagi menyempurnakan proses ini,” kata Fahmi menerusi kenyataan.

Setakat 30 Jun lalu, DNB telah membangunkan infrastruktur rangkaian 5G meliputi 64.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran ditetapkan.

Media Baharu