fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Belanda tamat lawatan kerja ke Malaysia

Foto BERNAMA

SUBANG, 1 November- Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berlepas ke Vietnam bagi meneruskan lawatan kerja ke negara itu selepas selesai lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 7.20 malam diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan wakil-wakil diplomat Belanda ke Malaysia.

Rutte telah mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuh kemajuan hubungan Malaysia- Belanda terutama kerjasama di dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian, agrikomoditi dan isu Islamofobia, serta meneroka bidang-bidang kerjasama baharu.

Selain mempertingkatkan kerjasama dua hala dalam beberapa bidang berkepentingan termasuk dalam industri kelapa sawit, industri teknologi semikonduktor, serta kerjasama dalam usaha penggalian dan pemulihan kapal-kapal karam Belanda yang ada di perairan Malaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM