fb fb fb fb fb

Percepat pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang seiring keadilan sosial

Projek menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara lebih cekap serta berintegriti / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Semua agensi berkaitan diarah bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook menegaskan, projek itu perlu menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun serta berintegriti.

Dalam melaksanakan pembangunan tersebut, Perdana Menteri turut mengingatkan kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan dan kelestarian ekosistem,terus dipelihara.

Pembangunan negara, jelasnya mesti seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab kepada alam kerana terletaknya makna kemajuan yang sebenar dan berkekalan.

Datuk Seri Anwar, terdahulu mempengerusikan mesyuarat pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi serta kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.

Projek berkenaan, telah lama dirancang dan tidak wajar ditangguhkan.

Kongsi beliau lagi, Kerajaan Persekutuan dan Selangor mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunannya agar manfaat dinikmati rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu.

FAUZIAH ABD RAHMAN