fb fb fb fb fb

Perayaan satukan masyarakat pelbagai kaum

(Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) memotong kek ketika menghadiri rumah terbuka
Deepavali Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan (dua, kiri)/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 24 Oktober- Perayaan Deepavali yang disambut pelbagai kaum di seluruh negara, bukti kestabilan politik amat penting.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kestabilan yang wujud ketika ini, akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum ke -15.

"Kestabilan politik kita lihat walaupun perayaan-perayaan ini dirai kaum tertentu, tetapi turut hadir meraikan oleh semua kaum.

"Kestabilan politik amat penting, hanya boleh beraya jika kita ada kestabilan politik berterusan. Rakyat akan buat keputusan terbaik apabila tiba masanya," kata Saravanan ketika ditemui media selepas menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di rumah terbukanya di sini.

Selain menjamu selera hidangan resipi masyarakat India, perdana menteri sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

(Datuk Seri M. Saravanan ditemui berkata perayaan Deepavali yang disambut pelbagai
kaum di seluruh negara, bukti kestabilan politik amat penting)

Media Baharu