fb fb fb fb fb

MB Negeri Sembilan rai pengamal media

(Pengamal media diraikan dengan jamuan pelbagai buah-buahan tempatan)

SEREMBAN, 19 Jun- Peranan media penting dalam memastikan maklumat disampaikan mereka pantas dan tepat terutama dalam berdepan dengan Pilihan Raya Negeri PRN.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, media adalah penerima maklumat pertama yang bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat informasi yang tepat.

"Saya rasa peranan media yang sudah ada  ini juga merupakan satu faktor besar  dalam menyampaikan isu atau pun berita yang tepat dan berinformasi.

"Saya berharap dengan adanya  berita-berita ini  atau pun informasi yang disampaikan  dapat mematangkan rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sepetang Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban.

Majlis itu berlangsung meriah apabila pengamal media diraikan dengan jamuan pelbagai buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan  dan manggis.

Dalam pada itu beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyatakan bahawa jentera pilihanraya parti itu telah diatur dan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi PRU DUN.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Media Baharu